20 February 2008

NIAT MURNI DALAM PENTERNAKAN

Rezq farm bukan baru...tapi dah lama. Jadi sekarang ini masih meneruskan perjuangan dalam bidang penternakan terutamanya kambing. Berita terkini Rezq Farm melebarkan lagi sayap dalam penternakan dengan memulakan usaha didalam penternakan lintah & ikan keli. Pasaran untuk kedua - dua bidang baru ini agak memberangsangkan. Jadi tak perlu nak tunggu lama atau berfikir panjang cuma mencari jalan & menggembeling tenaga demi untuk menjayakan usaha terbaru ini. Harap-harap kawan-kawan dapat mengwar-warkan berita ini.

Bukan senang nak mula dan bukan susah nak menambahkan cabang perusahaan ternakan. Yang penting niat mula-mula, modal & sokongan. Setakat ini masih ditahap yang memuaskan walaupun cabaran yang datang itu bukan mudah ditepis tetapi persediaan untuk menepis itu lebih penting.

Apa-apa pun insyaallah sokongan dari anda yg membaca ruangan ini akan mendapat info yang bermakna dan mungkin dapat mencetuskan idea untuk bersama-sama berjuang dalam bidang ini.